Sunday, 4 December 2011

Karangan Autobiografi~jalan raya

          


         Aku sebatang jalan raya




           Pada masa dahulu, di Kampung Jaya terdapat sebatang jalan tanah merah. Jalan tanah merah itu sangat berlobak dan semakin rosak.

           Kerajaan telah meluluskan pembinaan diriku bagi menggantikan jalan tanah merah itu. apabila tiba masanya, aku pun dibina di atas jalan tanah merah. Oleh itu, tamatlah riwayat jalan tanah merah. Aku pula berasa bangga sekali setelah dilahirkan.

           Tubuhku lebih baik daripada tubuh jalan tanah merah. Aku dibina daripada tar dan batu. Walaupun tubuhku hitam namun badanku amat kukuh dan rata. Kini, aku pula menjadi amat berguna kepada orang ramai.

           Saban hari, terdapat banyak kenderaan seperti basikal, motosikal, van, bas dan lori menggunakan aku. Mereka sangat suka menggunakan aku kerana dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

           Sepuluh tahun kemudian, aku mendapat berita yang amat memilukanku. Kerajaan akan membina lebuh raya yang baru bagi menggantikan diriku. Khabarnya lebuh raya itu lebih canggih kerana dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan awam. Bahkan lebuh raya itu dikatakan lebih lebar dan lebih lurus daripada aku.

           Setelah lebuh raya itu siap dibina, tidak banyak lagi kenderaan menggunakan aku kecuali orang kampung dan penduduk di sekitar kawasan itu.


No comments:

Post a Comment