Sunday, 4 December 2011

Karangan Autobiografi~jalan raya

          


         Aku sebatang jalan raya




           Pada masa dahulu, di Kampung Jaya terdapat sebatang jalan tanah merah. Jalan tanah merah itu sangat berlobak dan semakin rosak.

           Kerajaan telah meluluskan pembinaan diriku bagi menggantikan jalan tanah merah itu. apabila tiba masanya, aku pun dibina di atas jalan tanah merah. Oleh itu, tamatlah riwayat jalan tanah merah. Aku pula berasa bangga sekali setelah dilahirkan.

           Tubuhku lebih baik daripada tubuh jalan tanah merah. Aku dibina daripada tar dan batu. Walaupun tubuhku hitam namun badanku amat kukuh dan rata. Kini, aku pula menjadi amat berguna kepada orang ramai.

           Saban hari, terdapat banyak kenderaan seperti basikal, motosikal, van, bas dan lori menggunakan aku. Mereka sangat suka menggunakan aku kerana dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

           Sepuluh tahun kemudian, aku mendapat berita yang amat memilukanku. Kerajaan akan membina lebuh raya yang baru bagi menggantikan diriku. Khabarnya lebuh raya itu lebih canggih kerana dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan awam. Bahkan lebuh raya itu dikatakan lebih lebar dan lebih lurus daripada aku.

           Setelah lebuh raya itu siap dibina, tidak banyak lagi kenderaan menggunakan aku kecuali orang kampung dan penduduk di sekitar kawasan itu.


Karangan Autobiografi~burung

        
    Aku seekor burung


      Aku telah ditetaskan di dalam sebuah sarang di atas sebatang pokok. Aku ditetaskan setahun yang lalu. Ibuku memanggiku ‘Bintik’ sesuai dengan kulit tubuhku yang berbintik-bintik. Aku tinggal di hutan bersama-sama ibu, bapa dan dua duo ekor kembarku.


      Aku dibesarkan oleh ibu dan bapaku dengan penuh kasih sayang. Mereka sentiasa mencari makanan untuku dan dua ekor kembarku itu. Bapaku sering membawa ulat dan cacing.


      Semkin hari semakin aku membesar. Bulu-buluku semakin tebal dari hari ke hari. Aku semakin cantik. Aku mula belajar untuk terbang memerhatikan aku belajar terbang sehinggalah aku benar-benar cekap.


      Aku mula mencari makananku sendiri setelah dapat terbang dengan bebas. Aku amat kagum akan keindahan alam ini. Pemandangan di hutan ini indah nian. Di sini, segala-galannya masih asli kerana tiada pencemaran udara ataupun air.


      Ketika usiaku hampir satu tahun, aku telah bertemu dengan pasanganku semasa aku sedang terbang mencari makanan. Kami telah bersetuju untuk hidup bersama. Aku dan pasanganku segara membuat sarang sebagai persediaan untukku bertelur.


      Kini, aku telah menjadi ibu kepada tiga ekor anak. Aku terpaksa memikul tugas sebagai ibu. Aku mengasuh dan memeihara anak-anakku dengan penuh kasih syang. Hidupku kini penuh bermakna.